Khamis, 31 Mac 2011

Kejohanan Sukan Maktab Mahmud (KESUMAM) Kali Ke-7 2011



Tahniah diucapkan kepada kontinjen Maktab Mahmud Kuala Muda kerana menduduki tempat kesembilan daripada 12 Maktab Mahmud Negeri Kedah dengan mengumpul 35 mata. MMKM mengungguli acara ping pong beregu putera melalui gandingan Mohd Anas Salleh dan Mohd Aidi Izuddin Roshidi menjadi juara, manakala Aminuddin Ismail menduduki tempat ketiga dalam acara badminton perseorangan putera.


Lebih manis lagi, tahun ini MMKM disytiharkan juara bagi Perarakan Kawad Kaki. Tanpa disangka, pasukan seramai 26 anggota dengan diketuai oleh En. Md. Daud Aziz telah berjaya memikat perhatian para juri. Tema perarakan tahun ini adalah "Pahlawan Melayu".

2 ulasan: