Khamis, 31 Mac 2011

Kejohanan Sukan Maktab Mahmud (KESUMAM) Kali Ke-7 2011



Tahniah diucapkan kepada kontinjen Maktab Mahmud Kuala Muda kerana menduduki tempat kesembilan daripada 12 Maktab Mahmud Negeri Kedah dengan mengumpul 35 mata. MMKM mengungguli acara ping pong beregu putera melalui gandingan Mohd Anas Salleh dan Mohd Aidi Izuddin Roshidi menjadi juara, manakala Aminuddin Ismail menduduki tempat ketiga dalam acara badminton perseorangan putera.


Lebih manis lagi, tahun ini MMKM disytiharkan juara bagi Perarakan Kawad Kaki. Tanpa disangka, pasukan seramai 26 anggota dengan diketuai oleh En. Md. Daud Aziz telah berjaya memikat perhatian para juri. Tema perarakan tahun ini adalah "Pahlawan Melayu".

Isnin, 14 Mac 2011

Ceramah Kekeluargaan

Assalamualaikum wbrth!
Sempena Kem Anak Soleh, satu ceramah kekeluargaan akan diadakan pada hari Selasa 15 Mac 2011, jam 9.00 mlm bertempat di Maktab Mahmud Kuala Muda. Penceramah undangan adalah Ustaz Abu Bakar Bakilani dari Jabatan Agama islam P.Pinang. Ceramah ini terbuka untuk semua. Muslimin Muslimat semua adalah dijemput hadir.

Rabu, 9 Mac 2011

Kem Anak Soleh 2011


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kem Anak Soleh kembali lagi untuk siri yang ke-3 bagi sesi 2011. Kem anjuran Kerajaan Negeri di bawah Pembangunan Insan bakal berlangsung pada 12hb hingga 15hb Mac 2011.
Alhamdulillah, kali ini Maa'had ini terpilih untuk melaksanakan kem tersebut.

Jom daftar ramai-ramai.
Cepat!! Tempat terhad!!

Maklumat lanjut dan untuk mendapatkan borang penyertaan sila hubungi :
MM Kuala Muda -Tel : 04-437 4324 / Fax : 04-437 5324

Jumpa anda di sana!!


Isnin, 7 Mac 2011

Maa'had Dalam Taman.

Siapa sangka, sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitulah yang berlaku di maa’had kami. Kedatangan Ustaz Mohd Shauki Bik Bin Mohd Kasim selaku pengetua baru menggantikan Ustaz Ahmad@Ahmad Nasir Bin Abidin membawa pelbagai perubahan besar. Tahniah diucapkan kepada beliau. Konsep “Maa’had Dalam Taman” yang diperkenalkan berjaya direalisasikan dengan jayanya.

Ayuh kita saksikan keindahan Maa’had Kuala Muda.

Misi Maa’had


Visi Maa'had

Pintu Gerbang

Pandangan dari Luar


Pandangan dari Dalam


Kolam Ikan


Maktabah


Suasana persekitaran seolah-olah berada didalam taman


Tapak semaian


Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi.

See you next time.

Wassalam.