Selasa, 23 Ogos 2011

:: Minggu Teknologi dan Maklumat ::

:: Minggu Teknologi dan Maklumat akan berlangsung sepanjang 4-8 September 2011. Minggu yang dianjurkan oleh Kelab Komputer Maktab Mahmud Kuala Muda mengetengahkan beberapa aktiviti yang menarik.

:: Antara objektif Minggu Teknologi dan Maklumat ialah:

  • C Melahirkan para pelajar yang berpengetahuan tinggi, berkualiti dan berdaya saing dalam dunia siber.
  • C Mendedahkan diri pelajar dengan situasi dunia siber yang lebih mencabar.
  • C Mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta.
::::Maklumat lanjut sila rujuk poster dibawah...


JOM KITA SERTAI RAMAI-RAMAI!!!
PASTI SERONOK!!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Majlis Khatam Quran 2011

Majlis ini berlangsung pada 18 Ogos 2011 bertempat di Maahad Kuala Muda. Ramai waris yang datang memeriahkan lagi suasana majlis. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Majlis Khatam Quran, iftor jama'ie dan ceramah Nuzul Quran Oleh Us. Aminuddin Abd. Rahim (AJK Fatwa Negeri Kedah).

Majlis Khatam Al-Qur'an...


Para waris xsabar menunggu waktu berbuka...


Solat Maghrib, Isyak n Tarawikh secara berjemaah...


Ustaz Aminuddin Abdul Rahim..


Khusyuk mendengar Ceramah yang disampaikan..





Ahad, 19 Jun 2011

Gotong-Royong Perdana.

Gotong-royong Perdana telah berlangsung pada 14 - 15 Jun 2011 dan disambung pada 20 Jun 2011. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi menceriakan suasana serta panorama Maahad.... Nantikan perubahan drastik yang akan berlaku di sini...

Beberapa gambar pada hari tersebut untuk tatapan anda.


Guru turut serta dalam aktiviti ini.

Mengecat dalam suasana yang ceria.

Sukarelawan Maahad.

Taklimat pembahagian tugas.

Rabu, 25 Mei 2011

Sambutan Hari Guru

Alhamdudillah, Sambutan Hari Guru Maahad Kuala Muda berlangsung seperti yang dirancang. Program yang dihandle oleh pelajar Tingkatan 5 bermula pukul 0800 hingga 1330 berjaya menarik hati para guru dan pelajar disini.

Tentatif program :
  1. Perhimpunan/bacaan doa
  2. Takraw/Bola Tampar
  3. Menyambung ubat stapler
  4. Permainan berhalangan
  5. Kepantasan mengupas nenas
  6. Sambut belon berair
  7. Acara dewan/persembahan guru
  8. Cabutan bertuah
  9. Penyampaian hadiah untuk guru
Barisan Urusetia
  • semua pelajar Putera tingkatan 5
  • semua pelajar Puteri tingkatan 5

Pulun cikgu pulun!!!


Yea!! Kami yang menang..!!


Cmna nak main ni??


"Maka Kami, guru Malaysia..."


"Pelan-pelan la..."

Selasa, 3 Mei 2011

Sambutan Majlis Persaraan Cikgu Som.

Alhamdulillah, sambutan Majlis Persaraan Cikgu Som Meryah berjalan seperti yang dirancang pada 02 Mei 2011. Majlis yang bermula pada pukul 8.0o pagi itu dimulakan dengan persembahan Kawad Perpisahan daripada Kontijen Kawad Kaki MMKM. Majlis diteruskan lagi dengan dengan Acara Dewan. Persembahan daripada para pelajar dari setiap tingkatan berjaya memeriahkan suasana pagi. Majlis berhenti rehat pada pukul 10.0o pagi kemidiannya disambung dengan persembahan daripada barisan guru MMKM. Acara yang paling tidak dijangka adalah persembahan daripada Alumni MMKM (Batch 93 MMKM). Majlis diakhiri dengan Salam Wida’ oleh pelajar puteri.

Beberapa keping gambar pada hari tersebut...




(T_T) ..SELAMAT BERPISAH CIKGU SOM .. (T_T)