Ahad, 19 Jun 2011

Gotong-Royong Perdana.

Gotong-royong Perdana telah berlangsung pada 14 - 15 Jun 2011 dan disambung pada 20 Jun 2011. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi menceriakan suasana serta panorama Maahad.... Nantikan perubahan drastik yang akan berlaku di sini...

Beberapa gambar pada hari tersebut untuk tatapan anda.


Guru turut serta dalam aktiviti ini.

Mengecat dalam suasana yang ceria.

Sukarelawan Maahad.

Taklimat pembahagian tugas.

Rabu, 25 Mei 2011

Sambutan Hari Guru

Alhamdudillah, Sambutan Hari Guru Maahad Kuala Muda berlangsung seperti yang dirancang. Program yang dihandle oleh pelajar Tingkatan 5 bermula pukul 0800 hingga 1330 berjaya menarik hati para guru dan pelajar disini.

Tentatif program :
  1. Perhimpunan/bacaan doa
  2. Takraw/Bola Tampar
  3. Menyambung ubat stapler
  4. Permainan berhalangan
  5. Kepantasan mengupas nenas
  6. Sambut belon berair
  7. Acara dewan/persembahan guru
  8. Cabutan bertuah
  9. Penyampaian hadiah untuk guru
Barisan Urusetia
  • semua pelajar Putera tingkatan 5
  • semua pelajar Puteri tingkatan 5

Pulun cikgu pulun!!!


Yea!! Kami yang menang..!!


Cmna nak main ni??


"Maka Kami, guru Malaysia..."


"Pelan-pelan la..."

Selasa, 3 Mei 2011

Sambutan Majlis Persaraan Cikgu Som.

Alhamdulillah, sambutan Majlis Persaraan Cikgu Som Meryah berjalan seperti yang dirancang pada 02 Mei 2011. Majlis yang bermula pada pukul 8.0o pagi itu dimulakan dengan persembahan Kawad Perpisahan daripada Kontijen Kawad Kaki MMKM. Majlis diteruskan lagi dengan dengan Acara Dewan. Persembahan daripada para pelajar dari setiap tingkatan berjaya memeriahkan suasana pagi. Majlis berhenti rehat pada pukul 10.0o pagi kemidiannya disambung dengan persembahan daripada barisan guru MMKM. Acara yang paling tidak dijangka adalah persembahan daripada Alumni MMKM (Batch 93 MMKM). Majlis diakhiri dengan Salam Wida’ oleh pelajar puteri.

Beberapa keping gambar pada hari tersebut...




(T_T) ..SELAMAT BERPISAH CIKGU SOM .. (T_T)


Selasa, 26 April 2011

Keputusan Bulan Bahasa Arab...

Alangkah terkejutnya seluruh warga Maahad Kuala Muda apabila dikejutkan sekali lagi dengan berita gembira. Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah s.w.t.
Bagi pertandingan Khitobah (Pidato) wakil putera, Muhammad Akram Bin Asri muncul naib juara manakala wakil puteri, Noor Athirah Binti Badron Hisyam muncul di tempat ketiga.Tahniah dan syabas diucapkan kerana telah mengharumkan nama MM Kuala Muda.
Untuk pertandingan Kuiz, Seni Khat, Hiwar, dan sebagainya, wakil MM Kuala Muda berjaya membawa pulang "consolation prize."
Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua wakil MM Kuala Muda.

Ahad, 3 April 2011

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis, sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.


Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Dalam kejadian 7 malam itu, seorang guru lelaki berumur 26 tahun dikatakan memukul murid terbabit selama hampir dua jam sehingga pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan ditahan pada jam 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 1.40 pagi kelmarin.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas itu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada jam 8 pagi kelmarin.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin. - BERNAMA